Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Faedah-faedah Membaca Surat Khabar”.
Di negara kita terdapat pelbagai jenis surat khabar.
Antara surat khabar yang terdapat di negara kita ialah Utusan Malaysia, Berita
Harian, Nanyang Siang Pau dan sebagainya.
Terdapat
pelbagai faedah membaca surat khabar. Kita dapat mengetahui hal-hal yang
berlaku di dalam dan di luar negara. Selain itu, jika kita rajin membaca surat
khabar, pengetahuan kita juga akan bertambah.
Dalam
surat khabar, terdapat pelbagai jenis hiburan. Kartun, cerita-cerita lucu, dan
sebagainya yang dapat menghiburkan hati kita dan dapat mengisi masa yang
terluang dengan berfaedah.
Dengan
membaca surat khabar juga, pengetahuan bahasa kita juga akan bertambah. Kita
dapat menemui dan mempelajari pelbagai aspek tatabahasa dan perbendaharaan
kata.
Jelaslah
banyak faedah yang kita peroleh jika membaca surat khabar. Tanamlah minat suka
membaca surat khabar di dalam diri untuk menambahkan ilmu pengetahuan.