Sunday, 1 April 2018
Karangan Autobiografi: Aku Sebuah Komputer
Aku sebuah komputer yang
berjenama Asus. Aku berwarna hitam. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang
terletak di Kuala Lumpur. Aku diperbuat daripada campuran plastik, aluminium,
kaca dan besi.
Setelah disiapkan, aku dimasukkan ke dalam kotak yang
besar. Aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah kedai komputer di Johor. Kami
menaiki sebuah lori ke sana.
Setibanya di kedai itu, pekerja kedai itu mengangkat aku
dengan berhati-hati. Aku dan kawan-kawanku dipamerkan di atas sebuah meja. Di
situ, aku berkenalan dengan kawan-kawan baharu seperti Acer, Dell, Lenovo,
Samsung dan sebagainya. Seorang pekerja meletakkan tanda harga pada badanku.
Pada suatu hari, seorang lelaki yang segak lagi tampan
datang ke kedai itu. Dia mahu membeli sebuah komputer. Dia pun melihat-lihat
komputer yang ada di sana. Dia menjadi rambang mata apabila melihat
komputer-komputer di situ. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk membeli aku. Dia
membeli aku dengan harga yang berpatutan. Selepas membuat pembayaran di kaunter,
dia membawa aku pulang ke rumahnya.
Sampai di rumah, lelaki itu menghadiahkan aku kepada
anaknya kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Tuan baharu
aku bernama Lee. Dia seorang murid yang rajin dan bertanggungjawab.
Lee selalu menggunakan aku untuk menyiapkan segala tugasannya. Dia juga
menggunakan aku untuk melayari Internet bagi mencari maklumat yang berguna. Lee
sangat cermat ketika menggunakan aku. Selepas menggunakan aku, dia akan menutup
badanku dengan sehelai kain. Dia juga membersihkan badanku dengan sehelai kain.
Aku berasa sangat bertuah kerana mempunyai tuan seperti Lee. Aku berharap
agar dapat terus berkhidmat kepadanya sehingga akhir hayatku.
Karangan Keperihalan: Hari Kanak-kanak (Murid Lemah)
Hari Kanak-kanak
Pada 15 Oktober 2018,
sekolah saya menyambut Hari Kanak-kanak. Semua murid berasa sangat gembira
kerana mendapat banyak hadiah pada hari tersebut.
Setiap kelas mengadakan jamuan makan. Banyak makanan dan
minuman disediakan. Makanan itu dibawa dari rumah oleh setiap murid.
Selepas makan dan minum, kami bermain pelbagai jenis
permainan. Antaranya ialah meniup belon dan teka-teki. Ada juga murid yang
berlakon di atas pentas.
Hari Kanak-kanak merupakan hari yang seronok dan saya berharap
dapat menyambut hari yang bermakna ini pada tahun akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “ Faedah-faedah Membaca Surat Khabar”. Di negara kita terdapat pelbagai jenis surat khabar. Anta...
-
Aku sebuah komputer yang berjenama Asus. Aku berwarna hitam. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Kuala Lumpur. Aku diperbuat ...
