Friday, 30 March 2018

Karangan Jenis Fakta: Faedah-faedah Membaca Surat Khabar

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Faedah-faedah Membaca Surat Khabar”.

Di negara kita terdapat pelbagai jenis surat khabar. Antara surat khabar yang terdapat di negara kita ialah Utusan Malaysia, Berita Harian, Nanyang Siang Pau dan sebagainya.
        Terdapat pelbagai faedah membaca surat khabar. Kita dapat mengetahui hal-hal yang berlaku di dalam dan di luar negara. Selain itu, jika kita rajin membaca surat khabar, pengetahuan kita juga akan bertambah.
        Dalam surat khabar, terdapat pelbagai jenis hiburan. Kartun, cerita-cerita lucu, dan sebagainya yang dapat menghiburkan hati kita dan dapat mengisi masa yang terluang dengan berfaedah.
        Dengan membaca surat khabar juga, pengetahuan bahasa kita juga akan bertambah. Kita dapat menemui dan mempelajari pelbagai aspek tatabahasa dan perbendaharaan kata.

        Jelaslah banyak faedah yang kita peroleh jika membaca surat khabar. Tanamlah minat suka membaca surat khabar di dalam diri untuk menambahkan ilmu pengetahuan. 

1 comment:

TERBARU

Tatabahasa (Kata Ganti Nama Diri)